Keselamatan dana anda adalah amat penting bagi kami.
Untuk memastikan bahawa dana dan data peribadi anda adalah selamat setiap masa, kami menggunakan teknologi
terbaik yang terkini dan mematuhi sepenuhnya semua peraturan-peraturan industri.
Lesen dan Pengawal seliaan
Capitalix adalah institusi kewangan yang dikawal selia sepenuhnya dan dilesenkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles, yang mempunyai rekod pencapaian dalam perkhidmatan yang cemerlang selama 25 tahun dan mendapat pengiktirafan global.
Sebagai broker yang dikawal selia oleh FSA, kami mengikut piawaian pengawalan antarabangsa tertinggi yang memastikan pengamalan perniagaan yang terbaik dan pematuhan yang paling ketat. Kami juga komited untuk memberikan pengalaman melabur yang telus berkaitan harga, komisen dan prosedur kami — supaya anda boleh berdagang dengan fikiran yang tenteram.
Kami memastikan bahawa kesemua dana klien kami diasingkan daripada dana syarikat kami, di institusi perbankan modal tier 1, jadi anda boleh memastikan bahawa ianya tidak boleh digunakan sama ada oleh kami atau pembekal likuiditi kami atas apa-apa sebab sekalipun.
Langkah keselamatan yang paling dikenali secara meluas yang kami gunakan adalah seperti berikut:
Dasar AML
Capitalix komited dalam menyediakan platform perdagangan di mana kepercayaan dan komuniti adalah dua daripada faktor penentu utama. Anda boleh mempercayai bahawa kami akan memastikan data anda selamat. Tambahan lagi, kami mengambil langkah yang lebih meluas untuk memastikan bahawa semua orang dalam komuniti adalah diri mereka, sama seperti apa yang mereka nyatakan. Kami sangat mengambil serius terhadap undang-undang dan akta Anti Pengubahan Wang Haram dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua dana yang dihantar melalui Capitalix adalah sah dan tidak diperolehi daripada sebarang aktiviti jenayah atau aktiviti haram yang lain. Inilah sebabnya kami perlu meminta anda mengesahkan identiti dan akaun anda, tetapi kami mengguna pakai dasar-dasar ini semata-mata untuk memastikan seluruh komuniti kami selamat.
Enkripsi Data
SSL (Lapisan Soket Selamat) adalah protokol keselamatan bertaraf “gold-standard” yang memastikan data anda selamat apabila dihantar melalui internet.
Apabila SSL digunapakai, anda boleh merasa yakin bahawa data anda selamat sepenuhnya dan anda boleh berdagang, mendeposit, dan membuat pengeluaran dengan gembira tanpa sebarang kerisauan. Kebanyakan pelayar web akan menunjukkan penggunaan SSL melalui ikon mangga berwarna hijau di bar alamat semasa anda melayari.
Dasar identifikasi pengguna dan pengesahan pelayan memastikan data dihantar ke pelayan dan terminal pelanggan yang betul.
Transmisi data dienkripsi untuk mencegah kecurian data dan akses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan.
Mengekalkan integriti data dan memastikan bahawa semua data kekal tidak berubah semasa transmisi.